![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj4QS-Ly5CHLNuMuDTpLXJHDSxQK-8LFP8hDo6WAk7QXyNAW7mmipl0Wp-u6a82HSkmX72g8K4qaLN0ZLTs0t7_J9ib6qhGXFE7RmZ_ZTdo5u4nQgxkFDF05dftAWN9LibkuAOEcct1AVM/s320/image007.jpg)
Friday, July 30, 2010
UMAT ISLAM HARUS CEMERLANG
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj4QS-Ly5CHLNuMuDTpLXJHDSxQK-8LFP8hDo6WAk7QXyNAW7mmipl0Wp-u6a82HSkmX72g8K4qaLN0ZLTs0t7_J9ib6qhGXFE7RmZ_ZTdo5u4nQgxkFDF05dftAWN9LibkuAOEcct1AVM/s320/image007.jpg)
CARILAH REDHA ALLAH
Carilah redha Allah,kita tidak akan kecewa
Carilah redha Allah,kita akan tenang
Janganlah cari redha manusia,kita akan kecewa
Suka manusia pada kita,bukan berpanjangan
Adakalanya dia suka kepada kita,sukanya berpura pura
Suatu hari nanti akan nyata juga
Adakalanya redhanya kepada kita,diwaktu kita senang
Sehinggalah kita susah,kita dibuang dan ditendang
Janganlah membuat sesuatu kerana keredhaan manusia
Kerana manusia ramai yang tidak mengenang jasa
Buatlah sesuatu untuk keredhaan Allah
Manusia suka atau benci usah dipedulikan
Yang penting kita buat itu, Allah suka
Yang penting usaha kita itu, Allah Redha
Dengan manusia tidak usah ambil kira
Manusia hendak puji, manusia hendak caci
Itu soal dia
Yang penting apa kata Allah
Keredhaan Allah itu penting
Redhanya ada balasan
Balasannya berkekalan
Carilah Redha Allah
Hati senang….Jiwa tenang
INSYAALLAH
"Muslim Kaya Islam Kuat, Muslim Kuat Islam Kaya"...
Renungan bersama ...
Antara 'barangan mereka' yang telah dijadikan ikutan oleh kebanyakan dari kita.
Kembalilah kepada sunnah Nabi Muhammad S.A.W….
Amalkanlah pemakanan sunnah Nabi Muhammad S.A.W….
Dapat menambahkan darah..dapat mengurangkan kolestrol dalam darah…dapat mengelakkan penyakit2 lain…
Dan untuk mengelakkan tubuh badan kita, anak-anak kita dipengaruhi oleh Yahudi ni…
Kurma nabi, kurma madu, madu, kismis, buah tiin, buah delima, buah zaitun, habbatus sauda, zaffran, air zam zam
Dan banyak lagi pemkanan sunnah yang lain..yang terang2 mempunyai khasiat dan kelebihan yang tak dpt ditandingi oleh makanan lain di dunia ni…
Di samping badan kita sihat…kita dah amalkan sunnah-sunnah Nabi setiap hari...
Alhamdulillah…InsyaAllah diselamatkan dunia akhirat…
Amalkanlah walaupun sebiji kurma…iringi dengan selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W.
Jika kita belajar dan mengamalkan sunnah Rasulullah S.A.W dalam kehidupan kita seharian, InsyaAllah kita akan berjaya di dunia dan di Akhirat.
Hadis mengatakan "Barang siapa yang mengamalkan sunnah Rasulullah S.A.W pada zaman kerosakan umat, Allah akan bagi ganjaran 100 pahala mati syahid"
Alhamdulillah. ..anda adalah salah seorang daripada mereka insyaAllah.. .aamin...